PROGRAM SWOT dan LANGKAH DRASTIK

Anjuran Biro Akademik dan Intelektual

TARIKH : 23-24 Ogos 2008

TEMPAT : Dewan Kuliah 1

MASA : 8.00pagi-11malam

*Ceramah dan fasilitator yang super class

*Sijil & Makanan disediakan

*Pendaftaran PERCUMA

*Terbuka kepada semua pelajar KKTDI

Selamat Datang kepada warga baru KKTDI

Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI) merupakan asrama baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) ini. Ia telah dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006. Sessi 2006/2007 merupakan pelajar pertama yang menghuni di KKTDI ini. Dalam usia yang begitu muda KKTDI berharap agar dapat menjadi sebuah penempatan asrama yang cukup selesa kepada penghuninya.

KKTDI terdiri daripada 4 blok asrama yang cukup selesa kepada penghuninya. Kolej ini mementingkan budaya yang ceria bagi mewujudkan keadaan yang damai sesuai bagi menuntut ilmu. Selain itu kemudahan yang lengkap disediakan bagi meningkatkan keselesaan pelajar. Antaranya ialah Kedai Serbaguna,Kafeteria,Kedai Dobi serta dewan aktiviti yang luas.

Selain itu kedudukan blok asrama yang berhampiran dengan tasik mendamaikan jiwa penghuni di Kolej ini. Tambahan lagi gelanggang bola tampar telah disediakan untuk kemudahan pelajar berrekreasi di tepi tasik.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.